SRCC

SRCC
Sri Raya Cycling Club

Salam Ukhwah dan Diucapkan Selamat datang ke TSRCC. Taman Sri Raya Cycling Club ditubuhkan atas dasar semangat keharmonian dan ukhwah Taman Sri Raya Ampang. Kelab ini kini mula mendapat sambutan dari masyarakat luar. Kami mengalu-alukan kehadiran anda dan berharap dapatlah kita bersama-sama berkerjasama yang erat demi memastikan TSRCC terus maju. Salam Mesra..Apalagi!!! Jom Kayuh...

siapa kami

PENGENALAN
SRCC mula ditubuhkan pada bulan Ogos 2014. Pada mulanya aktiviti berbasikal ini dijalankan dengan penglibatan dari segelintir pemuda yang melakukan kayuhan santai dibeberapa kawasan disekitar Ampang. Setelah beberapa kali aktiviti dijalankan ianya mula mendapat perhatian dari beberapa orang veteran yang rata-ratanya terdiri dari jemaah Surau Taman Sri Raya yang ingin sama-sama menyertai aktiviti berbasikal ini. Bermula dari itu atas dasar semangat perpaduan dan gaya hidup sihat maka beberapa rancangan program aktiviti kayuhan santai mula dijadualkan dan ianya dilakukan setiap hujung minggu. Sehingga kini ahli kumpulan terdiri dari 43 orang.

OBJEKTIF
Membentuk masyarakat yang mempunyai gaya hidup sihat serta merapatkan silaturahim dikalangan penduduk Taman Sri Raya yang terdiri dari pelbagai lapisan umur.

MISI
Menyusun jadual program kayuhan santai pada setiap hujung minggu dan menyertai program aktiviti berbasikal yang dianjurkan oleh Badan-badan Kerajan dan Swasta serta menghantar wakil dari SRCC menyertai beberapa Pertandingan Berbasikal yang dianjurkan oleh pelbagai pihak.

VISI
Melahirkan generasi sihat dan hidup bebas dari gejala mungkar serta mencungkil bakat-bakat baru yang berkemampuan menjadi atlit sukan

3 comments: